Sabtu, 10 November 2012

Menjadi calon SPM!



Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam Sejahtera...

 Apa khabar anda yang sedang membaca? sihat ke?

Erm... nampak tak gambar tu? harini berapa hari bulan? 11 hari bulan 11 lah...
pada hari isnin haritu 5 hari bulan 11 sepatutnya saya, rakan-rakan, sedara-sedara yang seusia saya akan menduduki dan menjadi calon SPM. tapi apakandaya... saya tak dapat nak ambik...
3 peperiksaan besar saya tak ambik. UPSR, PMR, and this is the last and the largest examination. SPM!

Saya taknak bagitahu apa yang saya rasa, sebaliknya saya kena kawal perasaan untuk kali yang ke tiga sebab tak dapat nak ambik peperiksaan besar. anda tentu dapat rasa apa yang saya rasa kan? ada orang dia takkan faham perasaan kita. dia tak bawak diri dia ke tempat kita. kadang-kadang dia cuba menanyakan soalan yang sangat-sangat tak masuk akal. "Kenapa tak sekolah?" "Kenapa taknak sambung belajar? Kan boleh ambik semula UPSR, PMR, dan SPM?" ini dialog orang yang tak faham tentang penyakit saya. tak apalah... Allah kan MAHA BERKUASA.
tentu dan pasti ada hikmah disebalik kejadian... lagipun, kalau tak dapat nak ambik exam, tak mati pun... bak kata kawan saya iaitu KAK YATI, ilmu akhirat lagi penting...

Lagipun, banyak benda lain lagi yang kita boleh buat kan...
terutamanya, karya saya. memang dulu saya tak pernah terfikir langsung pasal nak ada karya penulisan sendiri...

Kepada mereka-mereka yang seusia dengan saya, SELAMAT MAJUJAYA! ANDA PANDAI, ANDA BERJAYA, DAN ANDA SENANG! saya ada 3 orang sepupu yang sedang menjadi calon SPM sekarang. aku doakan yang terbaik untuk kau orang semua...


Esok malam saya dah nak bertolak ke Cameron Highlands, doakan saya dan semua selamat sampai dan balik ye...


sampai sini sajalah dari saya...
SEKIAN WASSALAM...

Jumaat, 17 Ogos 2012

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh... dan Salam Sejahtera...

saya tak reti sangat nak buat pantun raya, sikit-sikitlah saya cuba dan saya nak bagi sedikit huraian juga ucapan...

Dalam dua hari lagi Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini akan meninggalkan kita...

Wahai sekelian umat islam, apa yang kita semua rasakan di dalam diri kita?

Di dalam hati kita?
Di dalam jiwa kita?
Di dalam minda juga fikiran kita?
Di dalam sanubari, rohani dan jasmani kita?

Apa yang kita rasakan sepanjang bersama bulan ramadhan?
Sudahkah kita menghayatinya?
Sudahkah kita mempertingkatkan ilmu, amalan, ketaqwaan dan iman kita?
Sudah tenangkah hati kita?

Kita serahkan segalanya kepada Allah SWT... semoga kita semua diberkatiNYA, dan berada di dalam keredhaanNYA Insya'Allah... Aamiin...

Ucapkanlah "ALHAMDULILLAH..." ketika mata ini masih boleh melihat dan ketika kita masih boleh menghirup udara di bumi ini lagi... bersyukurlah kerana kita dapat bersama-sama RAMADHAN sehingga ke penghujungnya... rebutlah pahala di bulan yang mulia ini... kerana semua amalan-amalan akan digandakan... ada orang 3 hari saja dia sempat menikmati bulan RAMADHAN, kerana ajal datang tidak mengira waktu... kadang-kadang dalam kita sibuk bekerja pun, maut datang menjemput... jadi, Bersyukurlah!


Bulan Ramadhan bulan kemuliaan,
Hadirnya dia membawa keberkatan.
Pintu Neraka ditutup dibelenggu semua syaitan,
Pintu langit terbuka luas tingkatilah setiap amalan.

Kian jauh kian pudar,
Ramadhan kini kian beredar.
Semakin hampirnya Syawal hatiku rasa berdebar,
Kerana selepas ini syaitan bebas berlegar-legar.

Bukanlah hatiku berasa takut kepada syaitan yang durhaka,
Tetapi bimbang akan termakan hasutan-hasutannya.
Kepada Yang Maha Berkuasa hatiku berserah segalanya,
Kerana DIA yang penentu segalanya.

Merdunya alunan takbir bergema,
Bersahut-sahutan di sini sana.
Bersyukur kita pada Illahi,
Tibanya aidilfitri.

Wajah yang ceria jelas terbayang,
Suasana meriah penuh girang.
Anika juadah tersedia,
Indahnya di hari raya.

Di sini saya ingin memohon berjuta kemaafan kepada anda semua...

Jikalau saya pernah mengomen di status-status, photo-photo, notes-notes dan lain-lain dengan perkataan yang tidak baik, atau berlebih-lebihan, maka maafkanlah diri ini...

Sememangnya tidak ada pekara yang tidak baik terlintas di fikiran ini selain daripada ingin berjenaka dan berpesan-pesan saja diantara kita. Maka tolonglah memaafkan saya...

Jikalau saya pernah berchatting dengan anda semua, dan sepanjang perbualan, saya ada terkasar atau berlebih-lebihan bicara, maka tolonglah memaafkan saya...

Pada saya anda semua memang tiada salah apa-apa pun. dan saya tidak menjadikan gurauan dan teguran daripada anda sebagai satu kesalahan pada saya...

malah saya amat berterima kasih kepada anda kerana sudi menegur saya. mungkin di saat itu saya tidak sedar akan kesilapan diri saya sendiri...

Semua post yang baik-baik di wall saya, Percayalah itu dari Allah SWT... bukan dari saya. Sesungguhnya Allah ingin menyampaikan sesuatu kepada anda, cuma melalui saya...

Manakala jikalau ada post yang tidak baik di wall saya, itu adalah kesilapan dan kesalahan diri saya sendiri... dan anda boleh terus menegur saya. tanpa sebarang halangan sekalipun.

(DOA INI DARI SEORANG KAKAK YANG SAYA ANGGAP SEBAGAI KAKAK SAYA SENDIRI)

“YAA ALLAH, YAA TUHANKU. MEREKA-MEREKA INI ADALAH SAUDARA-SAUDARAKU DAN SAHABAT-SAHABATKU. DAN ADA DIANTARA MEREKA YANG PERNAH BERBUAT JAHAT KEPADAKU. MAKA ENGKAULAH YANG MENJADI SAKSI YANG AKU TELAH MENGHALALKAN SELURUHNYA.
DAN ADA DIANTARA MEREKA-MEREKA INI JUGA YANG AKU SENDIRI PERNAH BERBUAT JAHAT KEPADA MEREKA. ENGKAU BUKAKANLAH HATI MEREKA UNTUK MEMAAFKAN AKU YAA ALLAH. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MENAIKKAN DARJAT DAN MENURUNKAN DARJAT SESIAPA YANG ENGKAU MAHU.
YAA RAHMAN, SESUNGGUHNYA KEBANYAKAN DARIPADA MEREKA-MEREKA ITU PULA, ADALAH TERBIASA BERLAKU BAIK DAN PEMURAH KEPADAKU. DENGAN ITU WAHAI YANG MAHA PENGASIH. ENGKAU LIMPAHKANLAH KASIH SAYANGMU KEPADA MEREKA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.
YAA ALLAH, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN RAMADHAN INI ADALAH KESEMPATAN TERAKHIR BUAT KAMI. DAN JADIKANLAH PULA SYAWAL INI SEBAGAI SATU PERMULAAN HIJRAH KAMI KEPADAMU. DARI KECINTAAN DUNIA YANG SEMENTARA, KEPADA KECINTAAN AKHIRAT YANG KEKAL ABADI. DARI KESAYANGAN MAKHLUK YANG PURA-PURA KEPADA KESAYANGAN DAN KECINTAANMU YANG MAHA SUCI DAN MAHA TINGGI.
YAA ALLAH… MAKBULKANLAH.. AMEEN”







...DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN...

Selasa, 7 Ogos 2012

Kembali ku di tengah bulan 'RAMADHAN'

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam Sejahtera...

terlebih dahulu saya nak ucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK pada semua kaum muslimin dan muslimat... apa khabar kepada awak yang sedang membaca entry ini? sihat ke? ramadhan tahun ni macam mana? semua ok? hehe tak apalah... saya doakan kepada awak yang sedang membaca ni, semoga awak bahagia selalu... senyum-senyum selalu... semoga Allah S.W.T mengampuni dosa-dosa dan juga merahmati awak di dalam bulan yang penuh kemuliaan ini...

diam tak diam, kita sudah pun masuk ke 19 ramadhan... Allahu Akhbar! derasnya waktu berlalu... rasa sedih semakin tiba... kerana sebentar lagi ramadhan akan meninggalkan kita semua... minggu depan dah raya kan? lagilah rasa sedih... jangan ditanya mengapa rasa hiba selalu menjelma di dalam hati saya pabila hadirnya SYAWAL...    biarlah ini menjadi rahsia.


hmm? apa perkembangan saya yang terkini? Insya'Allah jika Allah mengizinkan, saya akan cerita... tapi bukan sekarang. 
sebenarnya saya dah jarang update blog ni dek kerana... lemah saya dah semakin kuat. bila dah kuat, malas pun datang menyakat... ini bukan kehendak saya. inilah namanya 'TAKDIR!' kita tak boleh nak menghalang...   


esok pagi jantung saya akan discan semula... sebenarnya dah tamat tempok tahun lepas, saya yang mintak supaya dilanjutkan rawatan scan jantung ini lagi. kerana bimbang sebab jantung belah kiri dah bengkak. apa-apa pun, saya harus menunggu keputusan pagi esok... tolong doakan saya kepada sesiapa yang ada baca entry ini... segalanya kita serahkan sahaja kepada Illahi...

okay... sekali lagi, SALAM 19 RAMADHAN AL-MUBARAK.                                               ucapkanlah "ALHAMDULILLAH..." ketika mata ini masih boleh melihat dan ketika kita masih boleh menghirup udara di bumi ini lagi... bersyukurlah kerana anda dapat bersama-sama RAMADHAN sehingga ke penghujungnya... rebutlah pahala di bulan yang mulia ini... kerana semua amalan-amalan akan digandakan... ada orang 3 hari je dia sempat menikmati bulan RAMADHAN, kerana ajal datang tidak mengira waktu... kadang-kadang dalam kita sibuk bekerja pun, maut datang menjemput... jadi, Bersyukurlah! 

Baiklah, sampai sini sajalah dari saya... sekian WASSALAM...

Selasa, 17 April 2012

DR.Dayang, kita akan berjumpa nanti.

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam Sejahtera...

errr,... apa nak cakap ni? eh, terlupa! kita kan disini mana boleh bercakap... menaip je boleh le...

 Alhamdulillah... baru baik dari demam...

yang sedang baca sekarang ni macam mana pulak? sihat ke?

Alhamdulillah... minggu lepas DR.Hafiza dari Hospital Serdang dah pon balas email saya...
kata dia, nanti ada DR baru, nama dia DR.Dayang. dia pakar paru-paru.
SO,berdebar-debar la nak jumpa DR MISTERI. apa misteri? hehe takda la misteri mana...



 Hmmm... boring kan? itu jela ceritanya... pendek je kan? 

TAKPA-TAKPA... CUBA TURUN BAWAH. NANTI NAMPAK LA APA-APA...






















































































ok... cantik kan? kita cuci-cuci mata... sebenarnya saya suka sangat dengan melihat dan menghayati pemandangan yang indah ciptaan ALLAH S.W.T  tambah-tambah lagi matahari terbenam dilaut... dan saya teringin sangat nak pergi dekat tempat macam ni... tapi takda orang nak tolong bawakkan... ish, ish, ishhh... kesian... hehe kalau saya sihat dan boleh berdikari sendiri (berdiri diatas kaki sendiri) nak tahu apa saya nak buat?

saya suka sangat menerokai alam flora. macam masuk hutan, pergi dekat kawasan yang jauh dari negeri sendiri. dan bila dah masuk hutan tu, saya akan pastikan ditangan saya mesti ada kamera yang sentiasa dibawa bersama. kalau ajak kawan-kawan atau saudara-mara, tapi mereka taknak ikut saya pergi bersama, TAK APA,,, saya akan pergi berseorangan. apa-apa risiko, saya akan cuba harungi dengan sendiri. sambil-sambil kita menghayati ciptaan Allah S.W.T ,  kamera ditangan tu, ambilah gambar-gambar yang indah tu. daripada kita mengambil gambar-gambar yang tak sepatutnya dan boleh mengundang dosa, baik kita mengambil gambar pemandangan yang indah ciptaan YANG MAHA PENCIPTA ini.






itulah impian saya jika saya boleh berdiri... dan ada lagi yang saya tidak tulis diatas.
 tapi saya tidak menyesal... kerana ini peperiksaan dari Allah S.W.T untuk saya. Alhamdulillah...

baiklah... sampai sini sajalah dari saya... SEKIAN WASSALAM...

Khamis, 5 April 2012

Sakit perut dan disusuli dengan penyakit-penyakit lain.

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam Sejahtera...



"SEMEMANGNYA GAMBAR DI ATAS TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN KISAH YANG AKAN DISAMPAIKAN"

hehe alamak! dah blurrr.... tadi dah setting dah dalam kepala nak tulis apa...

Haa! dah ingat dah... sobonar eh den (saya) sakit porut haa... lamo bona tak elok-elok laie (lagi)...
eh, paham tak? kalu tak paham, baco yang bawah jola yo... kalau paham, makno eh dio warih (waris) den la tu... hehe nak cakap nogori kang takut orang tak paham lak kang... takpo la... den cakap rumi jola. yo...

rasa macam tak selesa la... sejak minggu-minggu ni... perut sakit memulas-mulas... memulas tau.. bukan "mengulas" ye... huhu eh! boleh bergurau pulak...(Dialog Allahyarham A.R Tompel. dalam filem. Do Re Mi)
dah nak dekat seminggu asyik keluar masuk tandas je... eh, tak sedar dah terlebih seminggu rupanya... hehe
kesian dekat orang yang kena angkat saya keluar masuk tandas...

dan sejak dua menjak, tiga menjak, empat menjak, lima menjak, hey... berapa banyak menjak yang kau nak ni fiqah? hehe ok, ok, ok. patah balik pada cerita tadi... sejak dua menjak ni, rasa macam ada sesak nafas la... mungkin gangguan dari jantung kot. lepas tu, pinggang belakang belah kanan pon rasa sakit. tapi buat tak tahu jela... malas nak menunjukkan diri sedang sakit... sebab dah memang sejak azali lagi tak suka nak menyusahkan orang... sakit macam mana sekali pon kena tahan... mulut pon kena kunci... selagi boleh tahan Insya'Allah akan tahan. cuba untuk melawan, cuba untuk menceriakan suasana, dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku pada diri ini... segi zahir nampak ceria, tapi segi batin Allah S.W.T saja yang nampak dan tahu apa yang terjadi pada saya waktu itu... sememangnya saya sedang berperang untuk menahan kesakitan... tapi kalau dah tak tahan sangat dan sehingga keluarga dapat tengok saya macam ada yang tak kena, apa lagi... kena la bocorkan rahsia tu... sebab dah nampak... sudah terang lagi bernyala...
tapi nak buat macam mana... inikan dah takdir... Alhamdulillah...
sesungguhnya penyakit adalah pencuci dosa...

dan saya harap sangat semua ini tak akan berkekalan... sebab saya kena kuat... cerpen sedang menunggu untuk diterbitkan di Penulisan2u. dan ramai orang sedang menunggu... eh, ramai ke? tak kisah la ramai ke tak... yang penting kena cepat siapkan... lama betul dah berbulan tak siap lagi...

1, saya kadang sakit, kadang sihat. (tapi selalu sakit dan orang tak akan faham)
2, saya tak suka nak tulis cerita pendek-pendek. (jadi sebab itulah lambat siap)
3, saya kena selalu relax. kalau tidak nanti sakit. (jadi tolong jangan selalu sangat nak tanya bila nak siap)
4, saya tahu itu kerja saya. tak mungkin saya nak mengada-adakan cerita yang saya ni ahli karyawan. (itu tidak mungkin akan terjadi. kerana itu adalah sifat bongkak)

5, saya sayang kepada orang yang sedang membaca entry ni. (kalau la ada orang nak baca)

sampai sini sajalah dari saya... SEKIAN WASSALAM...

Jumaat, 9 Mac 2012

Petang semalam dihantar ke wad kecemasan. Hospital Tampin

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam sejahtera...

apa khabar, sihat? hehe apa punya soalan cepumas la... macam la ada orang dekat sini...

Ok, harini nak kongsi sikit pasal petang semalam...
tak tahu la apa dah jadi dengan saya ni... petang semalam 8/3 jam lebih kurang nak pukul 6 lebih macam tu... TIBA-TIBA SAYA DISERANG! (KEKEJANGAN!) kekejangan itu dimula dari dada disebelah kiri saya. kemudian kekejangan itu berpanjangan dan dia merebak ke bahagian dada saya dibelah depan, dan kanan.
saya cuba tarik nafas dan hembus. dari awalnya kekejangan itu dari bawah bahagian dada saya. tapi makin dalam saya tarik nafas, makin payah dan kekejangan itu makin lama makin dia kuat dan menaik ke atas dada,leher,tangan,kaki,perut,kepala... saya dapat merasakan yang tinggal waktu itu hanyalah... MULUT saya, dan NAFAS saya yang seakan-akan sesak sahaja... memang dah tak rasa apa pada waktu tu... semuanya dah tak boleh nak gerak... saya ada pernah terbaca. kalau roh ingin keluar dari jasad kita, mula-mula dia terasa berangin atau denyutan dibahagian pusat. kemudian berpindah ke perut,kemudian naik ke atas dada,leher atau halqum... dan wafat lah seseorang itu. itu semua akan dirasa selepas waktu ASAR. macam saya semalam.

kemudian ibu dan ayah pon dah cemas... kata ayah, cara saya sakit macam tu, macam cara orang dah nak pergi. atau segi bahasa kasar, macam orang dah nak mati! semasa saya didalam keadaan sebegitu, yang berada didalam fikiran saya pada waktu itu, ada (2 PEKARA!) 1. Maut datang menjemput. dan 2. Gangguan darah dari saluran jantung. sebab... kan saya ada begitahu dibeberapa entry yang jantung saya disebelah kiri ada sedikit bengkak. dan lepas tu... saya diangkat oleh ayah masuk ke dalam kereta. ibu pon duduk disebelah. agak terkejut jugak la ayah dan ibu masa tengok anak dia yang si mulut becok ni tiba-tiba kejang-kejang dan sesak nafas. yela... mungkin mereka terkejut kan. sebab selama 17tahun bersama saya. semalam baru kali pertama saya terkena macam tu. hmmm... ini takdir Allah S.W.T bukan? kita ini hambanya saja... DIALAH YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA TINGGI! sudah sampai di ruangan kecemasan Hospital Tampin... saya diangkat dari kereta untuk duduk diatas kerusi roda. bukan wheelchair tau... ni lain sikit... kemudian ada seorang hamba Allah tu tolong pegangkan kerusi roda saya dari belakang. terima kasih dekat pakcik tu... walaupon tak nampak muka dia. kemudian saya pon ditolak masuk ke dalam bilik kecemasan.


            
masuk ke dalam bilik kecemasan, doctor takda pulak... tinggal MA dia je... 
tunggu beberapa minit, barulah dipanggil masuk ke ruangan katil... dan dipanggil ayah untuk mengangkat saya berpindah ke atas katil. pon doctor belum sampai lagi...  mana la pergi doctor ni...
lepas tu MA datang... untuk check BP saya atau tekanan darah.

Tapi bukan macam ni machine dia. machine dia besar sikit. 
check punya check, tekanan darah saya tinggi...

lepas tu, dekat ibu jari tangan saya disebelah kanan... ada 1 wire dia sepit. mungkin check tekanan jantung dan nadi kot... check BP, MA tu tengok tekanan darah saya tinggi... lepas tu MA tu ambik 1 alat dia cucuk dibahagian jari tengah saya... nak check gula dalam darah kot....

                           Haaa.... macam ni la... sakit tau...

kemudian saya terbaring diatas katil sambil menunggu doctor datang... kebetulan katil saya betul-betul disebelah tingkap... jadi dapat la melihat awan diwaktu senja... tak lama tu, doctor yang dinanti, telahpon datang... handsome doctor tu... kulit putih. and muka dia macam peranakan... macam muka artis pon ada... eh, ini bukan nak story about doctor tu ye... ok, doctor tu tanya-tanya, soal-soal saya kenapa... dia suruh kakak nurse check jantung saya...

            Tapi bukan macam ni la machine dia...

lepas tu doctor tu suruh kakak nurse tu ambik darah saya....
sebanyak 1 tabung kecil...

 
sakit tau........... darah saya lambat keluar,......
terpaksa kakak nurse india tu tolong ramas-ramas lengan saya... supaya turun laju...

lepas tu, ditinggalkan jarum palsu didalam urat saya... sakit tau..... kena tunggu lama sampai keputusan darah keluar makmal. 
tunggu sampai pukul 7.48 macam tu, keputusan darah pon keluar....doctor datang sambil bawak keputusan darah tu... dia cakap, jantung saya ok, tekanan darah tinggi tu dia tak boleh nak cakap apa... sebab saya ada penyakit Spinal Muscular Atrophy. dan doctor cakap lagi... yang kalsium saya rendah... dia syorkan saya untuk minum susu, makan keju dan sebagainya... saya ada rasa pedih-pedih dekat sudu hati... dan doctor tu beri saya ubat Gastrik... dia cakap saya boleh balik... kalau ada rasa macam ni dan tak selesa, boleh datang balik... rumah pon dekat dengan hospital... hehehe

Inilah ujian dan takdir Allah namanya... memang saya terkejut. semuanya ok... jadi saya kenapa semalam? Lahaula Wala Quwwatailla Billah. tiada daya dan upaya melainkan dariMu jua… Alhamdulillah..... kerana diberi ujian ini dan harini saya dah rasa kurang sikit... 

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar ~ Al-Baqarah: 155

Dan Allah juga berfirman di dalam Al-Quran belum lagi dinama beriman jika belum diuji. Dia akan terus menguji orang yang beriman seperti dia menguji orang-orang sebelum kita:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? - Al-Ankabut: 2

 مْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ - آل‌عمران

Apakah kamu menyangka kamu akan masuk jannah (taman/syurga) padahal Allah belum menyatakan (siapakah) di kalangan kamu orang yang berjihad bersungguh-sungguh dan orang yang sabar ~ Al Imran:14

Dan ujian yang yang paling berat bagi manusai ialah apabila diperintahkan untuk berjihad dan mengeluarkan zakat. Sebahagian kita mungkin membenci ujian-ujian tersebut.

sampai sini sajalah dari saya... SEKIAN WASSALAM...

Ahad, 1 Januari 2012

Semoga tahun 2012 ini akan ku gapai kejayaan walaupun sukar!






Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam sejahtera...
diam tak diam, kita dah pon masuk ke senarai tahun 2012. dan saya berharap sangat-sangat pada yang Maha Pencipta agar tahun baru ini, akan dikuatkan semangat dan cekal hati saya.... semoga saya akan mencapai kejayaan walau sesukar mana pon... bak kata orang, buang yang keruh, ambil yang jernih. tapi saya tetap akan menceritakan tragedi-tragedi pada tahun-tahun yang lepas di entry yang lain.. yela... kata memori kan? 


err,.. sebenarnya saya sedang menulis cerpen... sambil-sambil tu nak rehatkan minda sekejap... dah banyak perah tadi... saya menziarahi diari saya ini... hehe walau bagaimana pon, saya kena cepat-cepat siapkan cerpen saya tu... tak tahu la apa jadi pada cerpen saya tu bila dah siap nanti... harap ianya memuaskan la... sebab saya baru first time nak menulis cerpen... dulu saya bermadah je... itu pon baru nak berjinak-jinak dalam bidang karya sastrawan ni bulan 1 ni... genaplah setahun saya mencuburi diri saya didalam karya sastrawan ni. yela... dulu ibu dan ayah saya sekolah masuk kelas sastra. anak dia pulak yang mewarisinya. hmmm... keluarga saya tahu yang saya sedang mencipta cerpen, namun,.. mereka semua mempersendakan saya. Katanya, "Pandai ke kau buat cerita ni?"
"Boleh ke kau buat ni?" dan, harap sangat semoga cerpen tu menjadi... Insya'Allah, Amin...

yang menguatkan diri saya untuk cepat siapkan cerpen tu,. ada seseorang... nanti Insya'Allah la saya ceritakan sikit-sikit tentang dia... tapi taknak cerita semua la... sebab saya tahu. Kadang-kadang kalau kita terlalu bahagia tu, kita akan merasa sedih selepasnya. dan Kadang-kadang kalau kita terlalu sedih tu, kita akan merasa bahagia sangat selepasnya. demikianlah naik turun naik turun tiada penghujungnya.

Ok,! Azam saya pada tahun 2012 ni, PERTAMA! untuk memperbaiki lagi diri mana yang kurang, mana yang silap. dan akan cuba untuk kuatkan semangat, apa masalah besar yang bakal hadir, Insya'Allah saya akan cuba mengharunginya walau dipukul ribut pasir sekali pon. untuk tidak mengalirkan air mata lagi. kerana, setiap tahun, saya pasti akan menangis. dalam setahun, tiada bulan yang saya tidak menangis. dalam sebulan, tiada minggu yang saya tidak menangis. dan kadang-kadang, dalam seminggu, tiada hari yang saya tidak menangis. KEDUA! saya akan berusaha untuk mencapai kejayaan walau pon hanya sekadar sekali sahaja. KETIGA! akan berusaha untuk mencari ilmu lebih mendalam lagi. kerana saya ada MISI! di atas bumi Allah S.W.T , ini...










TERAKHIR! Insya'Allah... kalau di izinkan Illahi,. saya ingin sekali menjadi seorang Srikandi yang mempertahankan keadilan... hehe tak tahu terjadi ke tidak. sebab saya tak boleh berdiri... macam mana nak jadi srikandi...


baiklah... itu saja lah dari saya....
sekian WASSALAM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...