Rabu, 30 November 2011

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insya'Allah.

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbaraktuh, dan Salam sejahtera...

Saya risau la... minggu depan 8/12 hari khamis, dah nak kena pergi ke Hospital Serdang.
nak kena buat sleep study disana. memang tiap-tiap tahun kena buat... jadi,. toing! toing! toing! masuk wad.... wad dia
untuk buat sleep study lain tau... ada bilik khas. dalam bilik tu siap ada bilik air... tapi saya tak suka tidur sana lama-lama. sebab disana aircond terlalu kuat... sejuk sampai ke tulang sumsum dan menusuk ke qalbu sanubariku... hikhik aircond yang dirumah ni pon saya dah tak tahan. apatah lagi aircond dihospital yang memang terbaik tu....








HAAA... ni la Hospital Serdang yang akan saya menginap disitu nanti... ceh, cehh,.. cehhh...


dan, saya ada berjanji dengan seorang rakan facebook saya untuk berjumpa dengan dia disana,. harap dia tiada apa-apa halangan la pada hari tersebut. Insya'Allah.. ha, ha, haa,! dia perempuan. bukan lelaki... nama dia ross. sebaya dengan umur saya. dia tinggal di Putrajaya, Putrajaya dengan Serdang takda la jauh mana... nak dekat dah tu... kita memang tak pernah berjumpa... selalu chatting je di laman muka buku. pada mulanya, dia nak datang rumah saya dengan mama dan abah dia, so, saya fikir dan terus kasi tahu ibu. cakap dengan ibu ada seorang kawan nak datang. ibu kata, kita duduk Tampin ni...  takkan dia nak datang sini jauh-jauh..? haa! kita jumpa dia dekat Hospital Serdang jela bulan 12 ni nanti...

then,"BERJANJIAN"... wuaaahhh... gementar la nak jumpa family dia dan dia. yelaa... first time kan..



ADUH!... risau, risau, risau!!! nak tidur sana kena bawak sekali "Bipap Machine" pastu nanti seluruh muka saya, tangan saya akan dipenuhi dengan wayar-wayar. kalau la saya ada abang atau kakak, saya nak sangat peluk mereka kuat-kuat.. dan saya nak cakap, adik takut sangat-sangat!, saya nak sangat ada orang bagi semangat dan dorongan pada saya, namun sebaliknya, saya sendiri yang kena kuatkan semangat saya sendiri... apa? KELUARGA SAYA?" eheheee... mereka tak akan dapat faham perasaan saya...


ALHAMDULILLAH... ada jugak seorang rakan facebook saya yang telah bagi semangat, dan kuatkan semangat saya... TERIMA KASIH,! saya tak dapat nak bagi apa-apa pada awak... semoga ALLAH S.W.T ,  je yang dapat membalasnya... Insya'Allah...




baiklah... itu sajalah dari saya.. SEKIAN WASSALAM...

Isnin, 28 November 2011

12 barisan di Akhirat

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam Sejahtera...

baiklah, harini saya nak cerita dan kongsi tentang 12barisan apabila sampainya waktu dunia ini akan hancur dan akan dihimpunkan juga akan dihidupkan semula manusia-manusia yang telah mati dari kuburnya. dan ITU, "HARI PEMBALASAN" YA ALLAH! takutnya... pabila tibanya hari pembalasan itu nanti..!!! kerana hari itu adalah hari yang akan menentukan kita akan berada dikampung halaman kita yang mana 1. sebenarnya artikel ini, saya petik dari kakak sedara saya. malam tadi, saya bosan, dan saya menziarahi di facebook saudara mara. terasa rindu pula pada mereka semua, bila la nak jumpa nak sembang-sembang lagi.. hehe baiklah, baiklah, tanpa membuang masa, saya memulakan penyampaian artikel PENTING! ini dengan, Bismillah.



 

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:







BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya….





baiklah,. itu sajalah dari saya...
SEKIAN WASSALAM...


Isnin, 7 November 2011

Dapat juga rasa kek, walaupon sehari selepas hari jadi.

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam sejahtera...


hehehe sorry.. lambat nak update,. errr,.. ada ke orang nak baca ? hahaha whatever la... baca ke, tak ke, asalkan anda semua bahagia,..


baiklah,. hari ini saya nak cerita tentang hari jadi yang suram hari tu...
yelah.. ayah saya kena bertugas di kuala lumpur.. lebih kurang 3 hari,.. hari jadi saya hari sabtu, 15/10, ayah balik pada hari sabtu malam tu,.. jadi, memang takda apa-apa la...                                        
 

dan besoknya,. pada hari ahad, petang tu balik kampung sekejap,.. di kampung "Tebong, Pondoi, Anak air durian daun," dekat negeri sembilan je... ha! ha! ha! bukan negeri sepuluh ye.. hikhik.. okay, saya balik sana  kerana ingin menjenguk nenek yang tidak berapa nak sihat..      sambil-sambil tu,. sebelum balik,. sempat lagi main snap-snap picture  dengan budak ni.. huhu

                    


 this is smart boy, nama dia Muhammad aqil aiman,
 baru berumur 2 tahun lebih,.. dia ni anak pakcik saudara saya.. atau,(paktam)
                                     

 ohye! jurukemra yang tolong snap picture budak ni,.
 nama dia, Nursyamimi Yahya, hihik adik saya la tu...,


 bila sampai dirumah, dah senja... pada malam pula, ayah keluar bersama ibu untuk membeli kek.. saya cakap, "Tak payah la nak beli.. dah habis la semalam,.." jawapan ibu, "eh... mana boleh, belum jadi lagi hari jadi kaklong,.. belum sambut lagi... kena la beli..." so, ikut jela.. rezki jangan ditolak.. 

 TARRRAAAA!!!! cantik tak, blueberry cake,  sedap giler.. lembut je isi dia,

        yang ini pula, dari jarak dekat,.. macam kolam pon ada,..






 


Alhamdulillah,.. bersyukur sangat-sangat,.. dapat juga kek,.. ala.. kalau tak dapat makan kek,. tak mati la.. kecuali kempunan,.. jadi la kan,.. saya kena sedar,.. yang orang lain kadang-kadang tak makan apa-apa pon pada waktu hari jadi dia..           kena ingat,     kita susah,.. tapi mungkin diluar sana tu,.. ada lagi yang lebih susah... kita tak tahu kan,.. so, "BERSYUKURLAH" dengan apa yang kita ada...



baiklah... sampai sini saja lah dari saya...
SEKIAN WASSALAM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...