Selasa, 7 Ogos 2012

Kembali ku di tengah bulan 'RAMADHAN'

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam Sejahtera...

terlebih dahulu saya nak ucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK pada semua kaum muslimin dan muslimat... apa khabar kepada awak yang sedang membaca entry ini? sihat ke? ramadhan tahun ni macam mana? semua ok? hehe tak apalah... saya doakan kepada awak yang sedang membaca ni, semoga awak bahagia selalu... senyum-senyum selalu... semoga Allah S.W.T mengampuni dosa-dosa dan juga merahmati awak di dalam bulan yang penuh kemuliaan ini...

diam tak diam, kita sudah pun masuk ke 19 ramadhan... Allahu Akhbar! derasnya waktu berlalu... rasa sedih semakin tiba... kerana sebentar lagi ramadhan akan meninggalkan kita semua... minggu depan dah raya kan? lagilah rasa sedih... jangan ditanya mengapa rasa hiba selalu menjelma di dalam hati saya pabila hadirnya SYAWAL...    biarlah ini menjadi rahsia.


hmm? apa perkembangan saya yang terkini? Insya'Allah jika Allah mengizinkan, saya akan cerita... tapi bukan sekarang. 
sebenarnya saya dah jarang update blog ni dek kerana... lemah saya dah semakin kuat. bila dah kuat, malas pun datang menyakat... ini bukan kehendak saya. inilah namanya 'TAKDIR!' kita tak boleh nak menghalang...   


esok pagi jantung saya akan discan semula... sebenarnya dah tamat tempok tahun lepas, saya yang mintak supaya dilanjutkan rawatan scan jantung ini lagi. kerana bimbang sebab jantung belah kiri dah bengkak. apa-apa pun, saya harus menunggu keputusan pagi esok... tolong doakan saya kepada sesiapa yang ada baca entry ini... segalanya kita serahkan sahaja kepada Illahi...

okay... sekali lagi, SALAM 19 RAMADHAN AL-MUBARAK.                                               ucapkanlah "ALHAMDULILLAH..." ketika mata ini masih boleh melihat dan ketika kita masih boleh menghirup udara di bumi ini lagi... bersyukurlah kerana anda dapat bersama-sama RAMADHAN sehingga ke penghujungnya... rebutlah pahala di bulan yang mulia ini... kerana semua amalan-amalan akan digandakan... ada orang 3 hari je dia sempat menikmati bulan RAMADHAN, kerana ajal datang tidak mengira waktu... kadang-kadang dalam kita sibuk bekerja pun, maut datang menjemput... jadi, Bersyukurlah! 

Baiklah, sampai sini sajalah dari saya... sekian WASSALAM...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...