Jumaat, 17 Ogos 2012

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh... dan Salam Sejahtera...

saya tak reti sangat nak buat pantun raya, sikit-sikitlah saya cuba dan saya nak bagi sedikit huraian juga ucapan...

Dalam dua hari lagi Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini akan meninggalkan kita...

Wahai sekelian umat islam, apa yang kita semua rasakan di dalam diri kita?

Di dalam hati kita?
Di dalam jiwa kita?
Di dalam minda juga fikiran kita?
Di dalam sanubari, rohani dan jasmani kita?

Apa yang kita rasakan sepanjang bersama bulan ramadhan?
Sudahkah kita menghayatinya?
Sudahkah kita mempertingkatkan ilmu, amalan, ketaqwaan dan iman kita?
Sudah tenangkah hati kita?

Kita serahkan segalanya kepada Allah SWT... semoga kita semua diberkatiNYA, dan berada di dalam keredhaanNYA Insya'Allah... Aamiin...

Ucapkanlah "ALHAMDULILLAH..." ketika mata ini masih boleh melihat dan ketika kita masih boleh menghirup udara di bumi ini lagi... bersyukurlah kerana kita dapat bersama-sama RAMADHAN sehingga ke penghujungnya... rebutlah pahala di bulan yang mulia ini... kerana semua amalan-amalan akan digandakan... ada orang 3 hari saja dia sempat menikmati bulan RAMADHAN, kerana ajal datang tidak mengira waktu... kadang-kadang dalam kita sibuk bekerja pun, maut datang menjemput... jadi, Bersyukurlah!


Bulan Ramadhan bulan kemuliaan,
Hadirnya dia membawa keberkatan.
Pintu Neraka ditutup dibelenggu semua syaitan,
Pintu langit terbuka luas tingkatilah setiap amalan.

Kian jauh kian pudar,
Ramadhan kini kian beredar.
Semakin hampirnya Syawal hatiku rasa berdebar,
Kerana selepas ini syaitan bebas berlegar-legar.

Bukanlah hatiku berasa takut kepada syaitan yang durhaka,
Tetapi bimbang akan termakan hasutan-hasutannya.
Kepada Yang Maha Berkuasa hatiku berserah segalanya,
Kerana DIA yang penentu segalanya.

Merdunya alunan takbir bergema,
Bersahut-sahutan di sini sana.
Bersyukur kita pada Illahi,
Tibanya aidilfitri.

Wajah yang ceria jelas terbayang,
Suasana meriah penuh girang.
Anika juadah tersedia,
Indahnya di hari raya.

Di sini saya ingin memohon berjuta kemaafan kepada anda semua...

Jikalau saya pernah mengomen di status-status, photo-photo, notes-notes dan lain-lain dengan perkataan yang tidak baik, atau berlebih-lebihan, maka maafkanlah diri ini...

Sememangnya tidak ada pekara yang tidak baik terlintas di fikiran ini selain daripada ingin berjenaka dan berpesan-pesan saja diantara kita. Maka tolonglah memaafkan saya...

Jikalau saya pernah berchatting dengan anda semua, dan sepanjang perbualan, saya ada terkasar atau berlebih-lebihan bicara, maka tolonglah memaafkan saya...

Pada saya anda semua memang tiada salah apa-apa pun. dan saya tidak menjadikan gurauan dan teguran daripada anda sebagai satu kesalahan pada saya...

malah saya amat berterima kasih kepada anda kerana sudi menegur saya. mungkin di saat itu saya tidak sedar akan kesilapan diri saya sendiri...

Semua post yang baik-baik di wall saya, Percayalah itu dari Allah SWT... bukan dari saya. Sesungguhnya Allah ingin menyampaikan sesuatu kepada anda, cuma melalui saya...

Manakala jikalau ada post yang tidak baik di wall saya, itu adalah kesilapan dan kesalahan diri saya sendiri... dan anda boleh terus menegur saya. tanpa sebarang halangan sekalipun.

(DOA INI DARI SEORANG KAKAK YANG SAYA ANGGAP SEBAGAI KAKAK SAYA SENDIRI)

“YAA ALLAH, YAA TUHANKU. MEREKA-MEREKA INI ADALAH SAUDARA-SAUDARAKU DAN SAHABAT-SAHABATKU. DAN ADA DIANTARA MEREKA YANG PERNAH BERBUAT JAHAT KEPADAKU. MAKA ENGKAULAH YANG MENJADI SAKSI YANG AKU TELAH MENGHALALKAN SELURUHNYA.
DAN ADA DIANTARA MEREKA-MEREKA INI JUGA YANG AKU SENDIRI PERNAH BERBUAT JAHAT KEPADA MEREKA. ENGKAU BUKAKANLAH HATI MEREKA UNTUK MEMAAFKAN AKU YAA ALLAH. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MENAIKKAN DARJAT DAN MENURUNKAN DARJAT SESIAPA YANG ENGKAU MAHU.
YAA RAHMAN, SESUNGGUHNYA KEBANYAKAN DARIPADA MEREKA-MEREKA ITU PULA, ADALAH TERBIASA BERLAKU BAIK DAN PEMURAH KEPADAKU. DENGAN ITU WAHAI YANG MAHA PENGASIH. ENGKAU LIMPAHKANLAH KASIH SAYANGMU KEPADA MEREKA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.
YAA ALLAH, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN RAMADHAN INI ADALAH KESEMPATAN TERAKHIR BUAT KAMI. DAN JADIKANLAH PULA SYAWAL INI SEBAGAI SATU PERMULAAN HIJRAH KAMI KEPADAMU. DARI KECINTAAN DUNIA YANG SEMENTARA, KEPADA KECINTAAN AKHIRAT YANG KEKAL ABADI. DARI KESAYANGAN MAKHLUK YANG PURA-PURA KEPADA KESAYANGAN DAN KECINTAANMU YANG MAHA SUCI DAN MAHA TINGGI.
YAA ALLAH… MAKBULKANLAH.. AMEEN”







...DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...