Isnin, 1 Ogos 2011

Dah 6 tahun dah, bila menjelmanya ramadhan hati saya sedih dan pilu,.

Assalammu'alaikum Warrahmatullahi Ta'ala Wabbarakatuh, dan Salam sejahtera...

Allahu Akhbar!  cepatnya masa berlalu...
diam tak diam,.. hari ini, 1/8, bulan ramadhan telahpun membukakan tirainya..





derasNya bumi ini berputar..
mungkin ini adalah petanda-petanda awal yang menunjukkan tibanya akhir zaman nanti.,  
aduhhh!! takutNya..!!!

Baiklah... harini saya nak cerita tentang apa yang saya rasa setelah 6 tahun,?

saya berjumpa dengan bulan "Ramadhan" 
bulan ramadhan, adalah bulan yang membawa seribu rahmat,dan berkat, berbanding dari bulan-bulan yang lain,..


yelahh,.. saya ni kan ada menghidapi sejenis penyakit yang boleh dikata agak serius juga,
setiap hadirNya ramadhan, hati saya tentu merasa risau,dan sedih,. 



ohye.. nanti di entry yang lain Insya'Allah saya akan ceritakan mengenai penyakit saya ye,?




baiklah,.. berbalik kepada cerita yang saya ingin sampaikan..

setiap kali saya berdepan dengan bulan ramadhan, hati saya merasa risau,dan sedih.
bukanlah kerana saya membenci disaat kehadiranNya,
tetapi saya takut, tidak sempat untuk merasa "Hari Raya Aidilfitri" bersama keluarga,dan juga saudara-mara yang lain. 










kerana Doctor pernah berkata, "KebiasaanNya, orang yang menghidapi penyakit ni, dia tidak akan bertahan lama, sampai waktu, dia akan pergi menyahut seruan Illahi buat selama-lamaNya." sedih dan terkejut bila dengar doctor berkata begitu. hanya allah je yang tahu perasaan saya,

dan, ada juga ramalan rakyat segelintir yang menyatakan sebegitu,
yang berbunyi begini: " selalu orang macam kau ni hidup tak lama, buat bersabar je la ye?"
mereka siapa yang nak menyatakan sedimikian rupa kepada saya ?
mereka bukan tuhan, atau si pengamal ahli sihir,.?
Oh! saya rasa,.. mungkin itu adalah pengalaman atau telah sering terjadi kepada orang yang berpenyakit seperti saya,  atau, mungkin juga pekara ini mereka pernah menghadapi dengan sendiriNya,


itu baru rakyat segelintir yang menyatakan sebegitu, 
belom lagi ahli keluarga saya, ibu dan ayah saya, yang sudah sering mengeluarkan perkataan itu kepada saya, yang berbunyi begini: "Long! ibu dengan ayah tahu selaluNya, orang yang sakit macam along ni umur dia tak panjang, kalau boleh ibu dengan ayah nak tengok along hidup lebih lama lagi, taknak along mati sekarang,! semua orang nak tengok along sihat je selalu,"
hmm... macam tu lah ayat yang selalu dilontarkan dan terus masuk ke radang telinga saya.
apa? tak dapat dengar bunyiNya? hahaha... memanglah,.. blogger ni mana ada kotak perakam suara, kalau ada senang dah semua orang dan saya sendiri tak payah nak taip-taip lagi.. buat letih jari je kan?


3/8  pada hari rabu ni... saya akan ke hospital melaka untuk buat ECO,atau (Scan jantung)
kalau jantung saya ok,..  takda apa-apalah.. tahun depan akan buat ECO lagi pada bulan 5,
tetapi kalau jantung saya dapat khabar yang kurang menyenangkan,.. oh! tidak! cukuplah dengan satu saja alat pernafasan yang saya guna sekarang ini dirumah. iaitu, (Bipap machine) itu machine untuk paru-paru. sebab paru-paru saya tak berkembang pada waktu tidur,..
errr,... tentang machine tu jugak saya akan cerita di entry yang akan datang nanti ye..?

kepada sesiapa yang ada baca entry saya yang ni,.. eh! tapi ada ke orang yang nak baca blog saya ni?
errr,.. takpa lah.. baca ke, tak ke,  tapi kalau ada orang baca,.. tolong doakan saya selamat buat ECO pada hari rabu ni ye... 






Selamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak,
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,  

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita? 


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri. 

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
 






Sekian itu saja lah dari saya, 

Insya'Allah.. kalau dipanjangkan usia saya, nanti saya akan sambung semula dua pekara yang tersangkut tadi di entry yang akan datang nanti ye...
SEKIAN WASSALAM,

2 ulasan:

Khuzrin Kamarudin berkata...

Kalau Allah mahu ubah seekor kucing menjadi kerusi, itu tak mustahil walau pada kita memang tak masuk akal...

Jadi, kalau Allah mahu kamu menjadi seperti manusia normal yang lain juga, itu langsung tak mustahil bagi-Nya...

Semoga Along tabah dan semoga kesihatan yang baik akan sentiasa berdamping dengan along..

(Aiceh, dah praktis panggil "Along"... hahhaa... ye la.. kang nanti kita jadi keluarga kan? kan? kan? heeee...)

Nur Syafiqah bt Yahya berkata...

Terima kasih, Insya'Allah, Terima kasih, Insya'Allah, Terima kasih, Insya'Allah,!

hanya itu saja yang dapat saya membalas kembali...
takpa... kena la biasa panggil camtu kan...
nanti takda rasa lain bila dah jadi ahli keluarga nanti... hikhikhik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...