Sabtu, 10 November 2012

Menjadi calon SPM!



Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam Sejahtera...

 Apa khabar anda yang sedang membaca? sihat ke?

Erm... nampak tak gambar tu? harini berapa hari bulan? 11 hari bulan 11 lah...
pada hari isnin haritu 5 hari bulan 11 sepatutnya saya, rakan-rakan, sedara-sedara yang seusia saya akan menduduki dan menjadi calon SPM. tapi apakandaya... saya tak dapat nak ambik...
3 peperiksaan besar saya tak ambik. UPSR, PMR, and this is the last and the largest examination. SPM!

Saya taknak bagitahu apa yang saya rasa, sebaliknya saya kena kawal perasaan untuk kali yang ke tiga sebab tak dapat nak ambik peperiksaan besar. anda tentu dapat rasa apa yang saya rasa kan? ada orang dia takkan faham perasaan kita. dia tak bawak diri dia ke tempat kita. kadang-kadang dia cuba menanyakan soalan yang sangat-sangat tak masuk akal. "Kenapa tak sekolah?" "Kenapa taknak sambung belajar? Kan boleh ambik semula UPSR, PMR, dan SPM?" ini dialog orang yang tak faham tentang penyakit saya. tak apalah... Allah kan MAHA BERKUASA.
tentu dan pasti ada hikmah disebalik kejadian... lagipun, kalau tak dapat nak ambik exam, tak mati pun... bak kata kawan saya iaitu KAK YATI, ilmu akhirat lagi penting...

Lagipun, banyak benda lain lagi yang kita boleh buat kan...
terutamanya, karya saya. memang dulu saya tak pernah terfikir langsung pasal nak ada karya penulisan sendiri...

Kepada mereka-mereka yang seusia dengan saya, SELAMAT MAJUJAYA! ANDA PANDAI, ANDA BERJAYA, DAN ANDA SENANG! saya ada 3 orang sepupu yang sedang menjadi calon SPM sekarang. aku doakan yang terbaik untuk kau orang semua...


Esok malam saya dah nak bertolak ke Cameron Highlands, doakan saya dan semua selamat sampai dan balik ye...


sampai sini sajalah dari saya...
SEKIAN WASSALAM...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...