Selasa, 17 April 2012

DR.Dayang, kita akan berjumpa nanti.

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam Sejahtera...

errr,... apa nak cakap ni? eh, terlupa! kita kan disini mana boleh bercakap... menaip je boleh le...

 Alhamdulillah... baru baik dari demam...

yang sedang baca sekarang ni macam mana pulak? sihat ke?

Alhamdulillah... minggu lepas DR.Hafiza dari Hospital Serdang dah pon balas email saya...
kata dia, nanti ada DR baru, nama dia DR.Dayang. dia pakar paru-paru.
SO,berdebar-debar la nak jumpa DR MISTERI. apa misteri? hehe takda la misteri mana...



 Hmmm... boring kan? itu jela ceritanya... pendek je kan? 

TAKPA-TAKPA... CUBA TURUN BAWAH. NANTI NAMPAK LA APA-APA...






















































































ok... cantik kan? kita cuci-cuci mata... sebenarnya saya suka sangat dengan melihat dan menghayati pemandangan yang indah ciptaan ALLAH S.W.T  tambah-tambah lagi matahari terbenam dilaut... dan saya teringin sangat nak pergi dekat tempat macam ni... tapi takda orang nak tolong bawakkan... ish, ish, ishhh... kesian... hehe kalau saya sihat dan boleh berdikari sendiri (berdiri diatas kaki sendiri) nak tahu apa saya nak buat?

saya suka sangat menerokai alam flora. macam masuk hutan, pergi dekat kawasan yang jauh dari negeri sendiri. dan bila dah masuk hutan tu, saya akan pastikan ditangan saya mesti ada kamera yang sentiasa dibawa bersama. kalau ajak kawan-kawan atau saudara-mara, tapi mereka taknak ikut saya pergi bersama, TAK APA,,, saya akan pergi berseorangan. apa-apa risiko, saya akan cuba harungi dengan sendiri. sambil-sambil kita menghayati ciptaan Allah S.W.T ,  kamera ditangan tu, ambilah gambar-gambar yang indah tu. daripada kita mengambil gambar-gambar yang tak sepatutnya dan boleh mengundang dosa, baik kita mengambil gambar pemandangan yang indah ciptaan YANG MAHA PENCIPTA ini.






itulah impian saya jika saya boleh berdiri... dan ada lagi yang saya tidak tulis diatas.
 tapi saya tidak menyesal... kerana ini peperiksaan dari Allah S.W.T untuk saya. Alhamdulillah...

baiklah... sampai sini sajalah dari saya... SEKIAN WASSALAM...

Khamis, 5 April 2012

Sakit perut dan disusuli dengan penyakit-penyakit lain.

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam Sejahtera...



"SEMEMANGNYA GAMBAR DI ATAS TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN KISAH YANG AKAN DISAMPAIKAN"

hehe alamak! dah blurrr.... tadi dah setting dah dalam kepala nak tulis apa...

Haa! dah ingat dah... sobonar eh den (saya) sakit porut haa... lamo bona tak elok-elok laie (lagi)...
eh, paham tak? kalu tak paham, baco yang bawah jola yo... kalau paham, makno eh dio warih (waris) den la tu... hehe nak cakap nogori kang takut orang tak paham lak kang... takpo la... den cakap rumi jola. yo...

rasa macam tak selesa la... sejak minggu-minggu ni... perut sakit memulas-mulas... memulas tau.. bukan "mengulas" ye... huhu eh! boleh bergurau pulak...(Dialog Allahyarham A.R Tompel. dalam filem. Do Re Mi)
dah nak dekat seminggu asyik keluar masuk tandas je... eh, tak sedar dah terlebih seminggu rupanya... hehe
kesian dekat orang yang kena angkat saya keluar masuk tandas...

dan sejak dua menjak, tiga menjak, empat menjak, lima menjak, hey... berapa banyak menjak yang kau nak ni fiqah? hehe ok, ok, ok. patah balik pada cerita tadi... sejak dua menjak ni, rasa macam ada sesak nafas la... mungkin gangguan dari jantung kot. lepas tu, pinggang belakang belah kanan pon rasa sakit. tapi buat tak tahu jela... malas nak menunjukkan diri sedang sakit... sebab dah memang sejak azali lagi tak suka nak menyusahkan orang... sakit macam mana sekali pon kena tahan... mulut pon kena kunci... selagi boleh tahan Insya'Allah akan tahan. cuba untuk melawan, cuba untuk menceriakan suasana, dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku pada diri ini... segi zahir nampak ceria, tapi segi batin Allah S.W.T saja yang nampak dan tahu apa yang terjadi pada saya waktu itu... sememangnya saya sedang berperang untuk menahan kesakitan... tapi kalau dah tak tahan sangat dan sehingga keluarga dapat tengok saya macam ada yang tak kena, apa lagi... kena la bocorkan rahsia tu... sebab dah nampak... sudah terang lagi bernyala...
tapi nak buat macam mana... inikan dah takdir... Alhamdulillah...
sesungguhnya penyakit adalah pencuci dosa...

dan saya harap sangat semua ini tak akan berkekalan... sebab saya kena kuat... cerpen sedang menunggu untuk diterbitkan di Penulisan2u. dan ramai orang sedang menunggu... eh, ramai ke? tak kisah la ramai ke tak... yang penting kena cepat siapkan... lama betul dah berbulan tak siap lagi...

1, saya kadang sakit, kadang sihat. (tapi selalu sakit dan orang tak akan faham)
2, saya tak suka nak tulis cerita pendek-pendek. (jadi sebab itulah lambat siap)
3, saya kena selalu relax. kalau tidak nanti sakit. (jadi tolong jangan selalu sangat nak tanya bila nak siap)
4, saya tahu itu kerja saya. tak mungkin saya nak mengada-adakan cerita yang saya ni ahli karyawan. (itu tidak mungkin akan terjadi. kerana itu adalah sifat bongkak)

5, saya sayang kepada orang yang sedang membaca entry ni. (kalau la ada orang nak baca)

sampai sini sajalah dari saya... SEKIAN WASSALAM...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...