Sabtu, 10 Disember 2011

Al-fatihah! dan Terima kasih! Buat Allahyarhamah Dr.NORRASHIDAH Hj Abdul Wahab

Assalammu'alaikum warrahmatullahi ta'ala wabbarakatuh, dan Salam sejahtera...


Pada malam selasa 6/12 ayah saya call MA.Zainuddin. dia MA ketat Dr.Norrashidah atau Dr.Norra di Hospital Serdang yang akan membuat sleep studies untuk saya pada tiap-tiap akhir tahun. sepatutnya saya masuk wad pada 8/12 hari khamis. lalu, ayah pon call MA.Zainuddin untuk nak beritahu yang hari khamis saya akan masuk wad 5A untuk buat sleep studies tiba-tiba cik din cakap,..

En.din, "Eh, Cik Yahya tak tahu ke?"



Ayah, "Eh, Tahu apa pulak cik din?"


En.din, "Dr.Norra dah tak ada dah.."


Ayah, "Tak ada?" Ayah tertanya-tanya. pada mulanya ayah fikir Dr.Nrora dah pindah.


En.din, "Dr.Norra dah tak ada dah... Dia dah meninggal..."


Ayah, "LA ILAH HA ILLALLAH! Saya tak tahu menahu ni cik din! bila meninggalnya tu? apa puncanya? sakit apa? YA ALLAH!  LA ILAH HA ILLALLAH!"


En.din, "Bulan 8 hari tu dia meninggal... Kena kanser..."


Ayah, "Kanser? YA ALLAH! Saya memang tak tahu ni cik din. sebab takda orang yang bagi tahu... Habis tu sleep studies macam mana, siapa yang ambil alih?"


En.din, "Sleep studies tak ada lagi la... semua dah dibatalkan. sebab takda siapa yang nak baca graf nanti. Dr.Norra seorang je yang boleh baca graf tu. dia seorang je yang tahu baca... jadi kalau datang pon nak buat apa, sebab takda siapa yang nak baca graf..."
  
Ayah, "oh, a'aahh.. yela... Dr.Norra je yang boleh baca kan.. jadi, bermakna hari khamis ni tak ada sleep studies la..."  

En.din, "Aaa.. iye.. takda la... Dah ambil appointment jumpa Dr ke?"

Ayah, "Belum, kan selalunya selepas buat sleep studies baru dapat ambil appointment jumpa Dr."

En.din, "oh, okay, okay, nanti ambil appointment lah." 

KEMUDIAN,? ibu memandang ke arah saya, dan berkata: Dr.Norra dah meninggal...

Dan, tamatlah perbualan ditalian telefon di antara Ayah dan MA.Zainuddin.
malam itu, Ayah ibu dan  saya sendiri, juga sangat merasa SEDIH,TERKEJUT,SYAHDU,KECEWA, dan juga TERKILAN. kerana tiada siapa yang sudi untuk memberitahu yang Dr.Norra telah kembali ke rahmatullah... yela... setahu saya pada bulan 5 haritu saya ke Hospital Serdang untuk berjumpa dengan Dr.Norra sebab nak tahu result saya buat sleep studies tahun lepas punya, tapi Dr.Norra takda.. dia ada hal lain... hal apa, saya ingat ingat lupa la...  dan berjumpa dengan Dr.Hafiza. Dr bawahan dia.. sebab, Dr.Norrashidah ni ketua No.2 Doctor pakar kanak-kanak di Hospital Serdang. manakala yang No.1 adalah Pengarah. 

JADI, berbalik kepada cerita tadi... masa saya berjumpa dengan Dr.Hafiza pada bulan 5 lepas, dia beritahu yang Dr.Norra jatuh semasa mahu mengangkat ayah dia, dan kaki dia bahagian lutut retak ke koyak pada tisu lutut, saya tak berapa nak ingat lah... sebab balik dari Hospital Serdang saya terus je diserang sakit kepala dan sesak nafas selama seminggu. sebelum balik, Dr.Hafiza ada suruh saya mesej pada Dr.Norra, Dan disebabkan ada nya sifat malu yang terlalu kuat, juga tak suka menganggu orang, akhirnya saya tak mesej pada arwah. Disebabkan malu dan takut menganggu kalau saya send mesej juga lah saya tak akan dapat lagi bertanya khabar,bersembang bersama,dan berjumpa lagi dengan arwah Dr.Norrashidah buat selama-lamanya. 

Saya tak tahu macam mana rupanya graf pernafasan tu... setahu saya macam ini la graf pernafasan.






YA ALLAH! saya amat-amat terkilan... sebab dah lama betul tak jumpa arwah. kerana arwah selalu sibuk. selalu ada meeting pada waktu bila ada appointment bersamanya...
Pada bulan 12 ni, genaplah setahun saya tidak berjumpa dengan arwah Dr.Norrashidah.


Dan pada tarikh 7/12 hari rabu, ibu saya menghubungi MA.Zainuddin untuk mengambil appointment baru berjumpa dengan Dr.Hafiza buat sementara mununggu Dr baru dari Kuala Lumpu iaitu Dr.Norazila.

perbualan di talian telefon di antara ibu dan MA.Zainuddin. memandangkan ibu bukak pembesar suara, jadi saya dapat mendengar sikit-sikit perbualan mereka.



Ibu,"Assalammu'alaikum. cik din, ni saya ibu syafiqah nak ambil appointment baru."



En.din, "Wa'alaikummusalam warrahmatullah. aaa.. ye nak ambil appointment?  kejap eaa... ok, kak, saya bagi 19/1 boleh?" 

Ibu, "19/1? dah habis cuti sekolah ye? haa... boleh,boleh... makna, sleep studies takda lagi la cik din ye..?"


En.din, "aaa.. ye... takda lagi lah..."


Ibu, "YA ALLAH... memang tak tahu... sedih dah lambat dapat tahu... kanser apa tu cik din? dia meninggal bulan berapa?"


En.din, "Kanser ni,.. kenser pangkal rahim. 5 hari sebelum meninggal dapat detect, habis tu kanser tu mengebak dengan cepat! sampai ke usus! lepas tu dah tak boleh nak selamat lagi dah... 6/8 haritu dia meninggal..."


Ibu, "Oh, bulan ramadhan ye cik din.. kanser pangkal rahim... YA ALLAH... sedih saya.. terkejut la kan... haritu dapat tahu yang  lutut dia terkoyak. ni penyakit lain pulak... habis tu, buat masa sekarang ni, siapa yang ambil alih appointment, Dr.Hafiza.?"


En.din, "ha'ah... ye bulan puasa haritu... haa... buat masa sekarang ni Dr.Hafiza lah... sementara nak tunggu Dr dari KL datang... Dr.Azila. pernah jumpa tak dengan Dr.Azila sebelum ni?"


Ibu, "Dr.Azila? belum pernah jumpa lagi rasanya... oh, dia ambil alih nanti ye..."


En.din, "haa... ye... masa arwah ni sakit haritu, Dr.Azila ada datang melawat... untuk tahun ni sleep studies takda lagi lah..." 


Ibu, "Oh! takda lagi la ye... hmmm.. okay, okay... terima kasih banyak-banyak ye cik din... Assalammu'alaikum..."


En.din, "ye... sama-sama Wa'alaikummusalam warrahmatullah..."






Bagi pendapat saya la... siapa-siapa yang ada bagi number telefon dia pada saya, memang sangat beruntung la orang tu... sebabnya,? saya tak kacau dia, saya tak selalu send mesej dan calling dia, hanya menunggu khabar atau mesej daripada orang itu sahaja... biarpun sampai bertahun-tahun saya akan menunggu mesej atau panggilan daripada orang tersebut. Memang pernah terjadi dalam hidup saya. kerana apa? ye... macam yang saya nyatakan diatas tadi tu... sebab apa saya tak mesej kepada arwah Dr.Norra.,




Dan, sepatutnya hari khamis 8/12 haritu saya akan masuk ke wad 5A iaitu, wad sleep studies..







           haaa.... lebih kurang macam ni la... wad sleep studies tu...


                 macam ni la saya buat sleep studies... penuh dengan wayar wayar...

 

Bukan senang nak tidur dengan wayar wayar yang berselirat di muka... pakai dengan machine sekali pulak tu.... memang susah nak tidur... kadang-kadang, terfikir jugak... takut-takut terkena kejutan elektrik... 


















inilah BIPAP MACHINE yang saya katakan tu... tiap-tiap malam saya tidur kena pakai ni... mula-mula memang tak selesa pakai... sebab pressure dia terlalu laju dan kuat. ada la dalam 3 hari saya kena tidur di wad. yela... nak manjakan machine tu dengan nafas saya...  jadi, saya mintak kepada arwah Dr.Norra supaya turunkan sedikit pressure dari 10, turun kepada 4.8 , saya sangat-sangat berterima kasih kepada arwah Dr.Norrashidah. kerana tanpa dia,. saya tak akan dapat pakai machine tu... bukan calang-calang orang boleh dapat.. dan harganya, RM.30,000! cuba bayangkan  boleh buat apa dengan duit 30 ribu tu..? boleh pergi MAKKAH kan? dan, kerana RM.30,000 tu mungkin telalu mahal, jadi Dr,Norra pun tolong supaya dapat kurangkan menjadi RM.28,000... dan memarahi pihak atasan supaya boleh dapat RM.28,000... TERIMA KASIH DR.NORRASHIDAH!




 

  




                                    
                                    ' HOSPITAL SERDANG SELANGOR'




Dr.Norra... saya tahu saya seorang pesakit yang degil, lembik, dan penakut,... Dr.Norra... pemergian Dr.Norra amat berat untuk saya... selepas ini mungkin saya akan merasa kekosongan di HOSPITAL SERDANG SELANGOR... Dr.Norra... seandainya kalau Dr.Norra tahu, BAHAWASANYA,! bulan dan minggu Dr.Norra pergi menyahut seruan Illahi itu,.. adalah minggu saya di Sah kan oleh Doctor di Hospital Melaka yang Jantung saya telah membengkak sedikit di bahagian kiri... saya sedih sangat masa tu Dr.Norra... lemah longlai badan saya... masa tu bulan puasa memang takda rasa apa-apa... seperti haus ke,.. bertambah tak selera nak makan lagi ada... dan, kemurungan telah datang menguasai diri ini... saya tak tahu nak meluah dan nak menangis pada siapa... Ibu Ayah, mereka tak akan dapat faham sama sekali perasaan saya... yang mengetahui segalanya, adalah yang MAHA ESA!... saya serahkan segalanya pada DIA... dan saya berharap sangat agar suatu hari nanti jantung saya akan pulih seperti sedia kala... walaupun Doctor sudah menyatakan pada saya.. jantung yang bengkak, tidak akan kembali pulih seperti asal.. tapi, bagi saya,.. Doctor bukanlah segalanya... dia hanya memberi nasihat sahaja... yang menentukan segalanya adalah yang MAHA BERKUASA! DIA lah penentu segalanya.... 




Dr.Norra... saya terkilan... sebab Dr.Norra tak dapat nak baca nukilan kecil dari saya buat Dr.Norra... nukilan yang saya bertungkus lumus menyiapkan khas untuk Dr.Norra... saya cipta sendiri nukilan tu Dr.Norra... kerana saya tahu... mencipta dengan minda sendiri akan jadi lebih manis lagi nukilan kita..... siapa yang nak baca nukilan tu Dr.Norra..? Dan, inilah nukillannya...


___________________________________________________

 “ Dikaulah yang digelar seorang Pakar Perubatan”

Kali Pertama aku ditemukan dengan mu.
Lantas aku merasakan yang dikau adalah seorang manusia yang hebat!
Hebat dari segi masyarakat...
Kedudukan kau dipandang tinggi dan disegani oleh orang ramai…
Namun,
siapa tahu disebalik kehebatan Yang dianugerahkan kepadamu itu,
Terkadang memaksa dirimu  masuk ke dalam ruang yang berapi. 
Yang belum pasti apakah dikau akan Berjaya mengharunginya,
Atau mungkin juga disebaliknya.

Kehadiran kau amat diperlukan buat seluruh anggota manusia.
Dikau bagaikan Si Pejuang Nyawa…
Si pejuang nyawa yang tiada tandingannya…
Pengorbanan, kerja keras, idea yang muktamad, amat dihargai…
Dan aku berharap,
Semoga suatu ketika nanti,. dikau akan setia dipandang sebagai,
Si pejuang nyawa… yang sentiasa menyelamatkan nyawa manusia.
Aku amat berterima kasih yang  tidak terhingganya kepadamu.         
Dan Dikaulah yang digelar seorang pakar perubatan…
                 ______________________________________________




Inilah nukilan kecil dari saya... mungkin tak sehebat mana....




Dan,. sekarang, saya sedang menyiapkan 1 Nopen, dan 1 cerpen. Nopen saya yang bertajuk (Dosa Kelmarin) tajuk ini diberi oleh rakan facebook saya... Terima kasih awak... Cerpen 1, (Cinta yang kecundang) tajuk ini juga diberi oleh seorang kakak di facebook... terima kasih akak...






Mungkin saya rasa,. saya harus padam laman facebook saya sesudah saya siapkan kedua-dua cerpen itu nanti... biarlah saya aktif di blogger sahaja... ada facebook pun rasa kosong lagi... kalau saya padam pun,.. mungkin orang tak kisah... tiada yang ambil peduli... rakan je ramai... tapi belum tentu dalam 1138 orang tu semua nya yang baik-baik dan berilmu belaka... 






Dr.Norra... akhir dari saya... semoga Dr.Norra aman disana... semoga ALLAH S.W.T , memberkati mu di Akhirat nanti... Insya'Allah... Dr.Norra... saya sayang  pada Dr.Norra... kerana Dr.Norra dah banyak tolong saya dan kanak-kanak yang lain... mungkin nanti selepas ini,.. tiada lagi doctor yang akan menakut-nakutkan hati saya, tiada lagi doctor yang akan membuat hati saya  risau setiap masa...

 




TERIMA KASIH DR.NORASYIDAH! AL-FATIHAH.!



itu sajalah.. dari saya... SEKIAN WASSALAM.....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...